Subscribe to:
Post Comments (Atom)
IDAMAN SPA ... Health and Beauty
Paras koenzim juga cenderung lebih rendah di kalangan mereka yang menghidap kolesterol tinggi berbanding dengan mereka yang sihat dalam kumpulan umur yang sama.
Manfaat lain yang tidak kurang pentingnya adalah potensinya dalam mengurangkan kesakitan otot yang berpunca daripada rawatan statin.
Koenzim Q10 merupakan kompaun yang boleh dijumpai secara semula jadi dalam tubuh seperti dalam pusat penghasilan tenaga yang dipanggil mitokondria. Koenzim Q10 terlibat dalam membuat molekul-molekul penting yang bertindak sebagai sumber tenaga sel yang utama dan mendorong beberapa proses biologi, termasuk kontraksi otot dan penghasilan protein.
Koenzim Q10 juga bertindak sebagai antioksida. Antioksida adalah bahan yang menentang radikal bebas, iaitu kompaun yang boleh mendatangkan kemudaratan, termasuk mengubah membran sel dan juga boleh menyebabkan kematian sel-sel. Radikal boleh hadir secara semula jadi, tetapi toksin persekitaran (termasuk sinaran ultra violet, radiasi, asap rokok dan pencemaran air) juga akan menambahkan jumlah partikel yang merosakkan.
Para saintis percaya radikal bebas menyumbang kepada proses penuaan serta kejadian pelbagai penyakit seperti penyakit jantung dan kanser. Antioksida seperti koenzim boleh meneutralkan radikal bebas .
Koenzim Q10 berpotensi memberi kesan positif untuk : Penyakit parkinson
Meningkat fungsi imun
Sakit kepala akibat migrain
Serangan jantung mengejut
No comments:
Post a Comment