Wednesday, July 21, 2010

TESTIMONIALS

Saya mengidap beberapa penyakit kronik yang membelenggu kehidupan saya sekian lama. Di sini saya ingin berkongsi pengalaman penyakit-penyakit yang saya hadapi. Syukur, saya telah sembuh dari semuanya dengan mengamalkan perkara-perkara berikut :

1. Pengambilan Produk Usana
2. Senaman
3. Jaga Pemakanan
4. Berpuasa

Namun saya dapati , pengambilan suplemen adalah kunci kepada kesihatan yang baik.
Kita mesti berdisiplin dalam pengambilan suplemen Usana. Jangan ponteng dan makan ikut suka-suka kita nak makan. Ini adalah bagi memastikan proses pemulihan tidak terganggu dan terencat . Saya telah lihat banyak kes negatif apabila amalan pemakanan Usana terencat. Jika anda juga mengalami masalah kesihatan yang kronik macam saya - ikutlah nasihat saya – Jangan miss dan jangan ponteng , kalau betul-betul nak sembuh dan sihat.

Produk Usana yang saya ambil setiap hari adalah Essentials, Calcium, Vitamin C, Coquinone, Biomega dan Proflavanol.

Amalan bersenam akan meningkatkan keberkesanan pengambilan Usana sebanyak 30% (pendapat doktor Ray Strand, Amerika). Apabila anda bersenam, zat-zat yang dibekalkan oleh Usana di dalam darah anda mampu bergerak ke seluruh sel-sel badan dengan lebih efisyen. Tekanan darah yang lebih tinggi semasa bersenam akan lebih memudahkan pergerakan zat-zat ini ke seluruh anggota badan. Kesannya ialah lebih banyak sel-sel yang mendapat zat berbanding dengan tidak bersenam. Sebagai perumpamaan, cuba bayangkan apa rasa secawan kopi sekiranya gula yang diisi ke dalamnya tidak dikacau terlebih dahulu. Mengacau gula di dalam secawan kopi bolehlah diibaratkan sebagai kita bersenam.

Saya boleh mengesahkan kepada anda bahawa testimoni-testimoni yang dikeluarkan oleh masyarakat di barat seperti yang disiarkan di lawan web ini adalah benar dan betul. Saya telah mengamalkan Usana sejak Ramadhan 2007 dan telah mendapatkan faedah-faedah yang terlalu banyak dan sukar dipercayai, terutama dalam hal kesihatan dan kewangan.

Kesemua adik beradik saya dan ibu, 12 orang semuanya mengambil Usana. Saya sekeluarga 6 orang semuanya, juga ambil Usana. Rakan-rakan dipejabat 7 orang semuanya, juga ambil Usana. Saya mendengar banyak cerita-cerita menakjubkan dari mereka yang dekat dengan saya sepanjang masa.

Saya syorkan kepada anda supaya mengambil Produk Usana setiap hari. (Walaupun anda tiada sebarang masalah kesihatan). Jadikan ia amalan. Ini adalah kerana ia membantu membina semula sel serta meningkatkan sistem imunisasi badan. Insya Allah selepas 1 tahun, anda akan berasa 10 atau 20 tahun lebih muda. Setengah orang dapat merasakan kesannya seawal 1 malam terutama yang menghidapi penyakit hidung tersumbat sepanjang masa. Setengah yang lain pula mengambil masa yang lebih lama sehingga 6 bulan. Secara purata, selepas 1 bulan, ramai yang akan merasakan perbezaannya. Kesannya bagi setiap orang adalah tidak sama dan berbeza. Bergantung kepada keadaan dalaman dan sistem imunisasi orang tersebut.

Diantara penyakit-penyakit yang saya pernah hidapi adalah kencing manis, lelah, resdung, sakit pinggang, sakit lutut dan masalah kekejangan kaki.

Kencing manis
Saya mengidap penyakit kencing manis seawal usia 30an. Di awal usia 20an saya memaksa diri bekerja dengan begitu tekun sekali sehingga melupakan kesihatan diri. Pada ketika itu, saya sedang membina sistem perisian komputer. Kerja-kerja membina perisian mengambil masa yang terlalu banyak dan seringkali saya berjaga malam. Tidur hanya apabila tidak tahan mengantuk lagi. Hampir tiada aktiviti riadah langsung. Pemakanan tidak dijaga. Apa yang ada, makan ajelah. Apabila mengantuk, saya akan mengambil kopi dan gula-gula. Akibatnya setelah hampir 10 tahun, rasa mengantuk saya sudah tidak boleh diubat dengan kopi dan gula-gula.
Saya sering kali menguap walaupun ketika sedang berjalan. Badan sentiasa rasa letih dan tak bermaya. Saya kerap berulang ke bilik air membuang air kecil. Setiap malam, saya bangun sehingga 3 atau 4 kali untuk ke bilik air. Rasa haus semakin menjadi-jadi. Setelah berjumpa doktor, saya disahkan mengidap penyakit kencing manis. Doktor memberi saya ubat makan bernama diamicron.
Beberapa tanda kesan dari penyakit kencing manis ini mula muncul. Keting kaki saya sudah mula merasa gatal-gatal dan apabila digaru, ia mula menjadi kudis yang sukar dirawat. Di belakang badan saya kerap didatangi penyakit kulit misteri yang datang dan pergi. Tangan sebelah kiri saya sudah mula berasa kebas-kebas. Kekerapan kencing semakin bertambah terutama setelah memakan nasi.
Ada satu ketika, dalam perjalanan dari KL ke Shah Alam, saya terpaksa memberhentikan kereta di tepi lebuhraya persekutuan untuk membuang air kecil di dalam kereta dengan menggunakan bekas botol air kerana tidak dapat menahan tekanan pundi kencing yang begitu mendesak. Apabila ada pesakit yang datang kepada saya mengadu tentang penyakit kencing manis, saya hanya mampu tersenyum kambing. Namun begitu, saya memahami penderitaan mereka. Saya tahu mereka boleh sembuh seperti saya sekiranya mereka mengikut jejak langkah saya.

Lelah
Tidak lama selepas terkena penyakit kencing manis, berbagai-bagai penyakit menyusul. Saya kerap mengalami selsema dan demam panas. Penyakit selsema yang perpanjangan tanpa menerima rawatan sepatutnya akhirnya melarat kepada lelah (asthma). Penyakit lelah menyerang dengan begitu teruk sekali sehinggakan saya terpaksa membeli alat nebulizer untuk meredakan radang paru-paru. Secara purata, nebulizer digunakan 2 kali sehari.
Setiap kali keluar dari rumah, saya terpaksa membawa bekalan inhaler sebagai penyelamat dari serangan lelah secara tiba-tiba. Untuk makluman anda, pesakit lelah boleh mati mengejut kerana kekurangan oksigen disebabkan oleh paru-paru yang tersumbat. Ketika terkena serangan asthma berkali-kali, saya sudah mula merasakan bahawa umur saya mungkin tidak akan panjang sekiranya saya hanya bergantung kepada ubat-ubatan dari hospital. Akhirnya, saya mula mencari alternatif lain untuk menyembuhankannya.

Resdung
Penyakit resdung telah lama saya hidapi semenjak di universiti. Hidung akan berasa gatal dan sentiasa berhingus terutama pada musim sejuk dan musim bunga. Cuaca yang dingin di musim sejuk menyebabkan hidung saya selalu tersumbat. Tidur pada waktu malam merupakan satu mimpi ngeri. Pernafasan di waktu tidur adalah melalui mulut. Kerap kali apabila mulut tertutup, saya akan kelemasan di waktu tidur.
Pada waktu pagi di musim bunga pula apabila berjalan kaki ke bilik kuliah, debuan bunga di taman yang ditiup angin akan memasuki saluran pernafasan saya lalu menyebabkan saya bersin berulang kali. Akibatnya, hingus akan keluar secara berlebihan dan menyumbat saluran pernafasan. Hidung akan berasa sebu. Jika dibiarkan berlarutan, saya akan mendapat demam. Satu-satunya jalan penyelesaian masalah ini ialah dengan mengambil pil Sudafed yang akan memaksa kelenjar hidung berhenti merembeskan hingus. Namun ia hanya bertahan selama 12 jam sahaja.
Saya terpaksa melalui penderitaan ini dari umur 19-39 tahun. Dari umur 35-39, penyakit resdung saya telah mula berkurang disebabkan pengambilan makanan penokok zat (suplemen) yang berbagai-bagai. Pada usia 40 tahun setelah mengambil supplemen USANA, penyakit resdung saya telah tiada sama sekali. hidung saya sentiasa lapang, tidak tersumbat lagi. Gatal-gatal hidung sudah tiada. Bersin berlebih-lebihan juga sudah tiada. Tidur merupakan satu rahmat yang begitu besar sekali, tiada lagi kelemasan di waktu malam.

Sakit Pinggang
Semasa usia saya dalam 20an, salah satu aktiviti bersukan yang saya suka ialah mengangkat berat di gym universiti. Keadaan kesihatan saya sangat fit dan mampu mengangkat bebanan yang lebih dari berat badan saya iaitu 75kg. Satu ketika, tatkala hendak bersolat maghrib, saya cuba mengalihkan enjin motorsikal Honda CB500 seberat lebih kurang 60KG untuk memberi ruang lebih luas ketika bersolat. Oleh kerana bebanan ini tidak begitu berat buat saya, saya mengangkatnya dengan bersahaja dan dengan cara yang salah. Tatkala mengangkat, kedengaran tulang belakang saya mengeluarkan bunyi seperti meletup. Serta merta, pinggang saya terus menjadi sakit. Ia berlarutan selama lebih kurang 3 bulan.
Sejak dari itu sehingga umur saya 39 tahun, pinggang saya sentiasa sakit. Ia menjadi lebih parah apabila memandu terlalu lama, mengangkat bebanan sederhana berat atau berjalan dan berdiri terlalu lama. Saya ada membuat pemeriksaan doktor pakar tulang dan doktor tersebut mengesahkan tiada masalah serius. Katanya mungkin ada urat yang terlari atau tersepit. Setelah menderita sakit pinggang selama hampir 20 tahun, membuatkan saya tidak begitu yakin bahawa ia akan dapat sembuh sepenuhnya. Namun, setelah mengambil suplemen USANA selama 1 bulan, sebahagian besar masalah sakit pinggang saya telahpun sembuh. Malah, kini saya sudah mampu bermain badminton sebanyak 10 set dalam tempoh lebih 2 jam. Malah boleh bermain badminton secara perseorangan sebanyak 5 set.

Sakit Lutut
Sakit lutut yang saya alami adalah kerana minat saya yang mendalam dalam sukan badminton. Sakit lutut ini telah saya deritai selama lebih dari setahun setelah saya kerap turun bermain badminton (Seminggu 3 kali). Untuk mengurangkan kesakitan, saya meminta isteri saya untuk membuat getah pengikat lutut yang dipasang pada patellar tendon.
Seorang pakar sakit tulang yang saya temui mengatakan bahawa fiber pada tendon patellar di lutut saya sudah banyak yang putus dan beliau menasihatkan saya untuk berehat dari bermain badminton selama 1 bulan. Selepas berehat selama 1 bulan, lutut saya sudah sembuh sepenuhnya. Tetapi bila turun padang semula, sakit lama berulang kembali. Alhamdulillah, Allah telah sembuhkan patella tendon saya yang sakit berkat dengan supplemen USANA. Sekarang saya boleh bermain sukan kegemaran saya tanpa berasa sakit lagi dan tanpa memakai apa-apa pengikat kaki.

Kekejangan Kaki
Masalah kekejangan kaki yang saya alami amatlah kritikal sekali dan ia kerap berlaku terutamanya semasa dan selepas bermain badminton. Kekejangan akan berlaku dari hujung kaki sehingga ke otot punggung. Otot-otot punggung, paha dan betis akan mengecut tanpa kawalan menyebabkan kesakitan yang amat sangat. Kesakitannya adalah seperti kita mengangkat beban berat dalam jangkamasa lama walaupun otot sudah tidak mampu menahan lagi. Saya sedar bahawa kekejangan ini disebabkan oleh bermain badminton terlalu kerap sehingga otot-otot menjadi terlalu letih lalu terus mogok. Otot-otot menjadi terlalu letih kerana tidak mendapat zat-zat makanan yang diperlukan dengan mencukupi untuk memulihkan sel-selnya yang telah rosak akibat penggunaan yang berlebihan.
Untuk mengawal kekejangan ini, saya terpaksa berhenti bermainan badminton setelah mencapai 6 set. Alhamdulillah, kini setelah mengambil suplemen USANA, saya boleh bermain sehingga 10 set permainan tanpa berlaku kekejangan samada semasa atau selepas bermain.
... SYAM

Migraine
Saya mengalami penyakit migraine, kejang kaki, gastrik dan yang paling teruk adalah resdung. Tapi dah kurang sejak makan Usana ni. Masalah migrain tu saya dah kurang sebab makan Usana Biomega. Alhamdulillah. Banyaklah juga perubahan makan Usana ni.
... ANUM

Sakit Kepala, Kulit Kering, Sakit Bahu
Saya mengalami masalah sakit kepala, kulit kering dan sakit bahu. Lepas tu haid saya dah 5 bulan tak datang. Selepas saya ambil Usana Essentials selama seminggu, haid saya datang dengan lancar. Bila bangun pagi, tak rasa mengantuk lagi. Senang aje nak bangun. Dulu bila mak saya suruh bangun malas sangat nak bangun. Saya punya sakit kepala pun dah hilang, kalau sakit pun tinggal sikit-sikit aje dah. Lepas saya ambil Essentials saya ambil Biomega. Biomega ni pun bagus untuk saya terutama untuk Otak. Minyak ikan ni buat kulit saya jadi lebih lembut, lebih licin dan cerah.
.... WANI

Migraine dan Gastrik
Saya selama ni ada sakit migraine dan gastrik. Bila buat kerja banyak tu, selalu sakit-sakit. Lepas saya makan Usana ni banyaklah perubahan yang berlaku. Migrain saya dah tak ada. Sakit-sakit belakang pun dah tak ada. Sebelum ambil Usana dulu saya datang kerja drive jauh. Pagi-pagi bila bawa kereta datang kerja selalu aje mengantuk. Sejak saya start makan Usana saya lebih bersemangat. Macam penat tu dah tak ada dah. Buat kerja pun dah tak terasalah penatnya. Rasa lebih bersemangat nak buat kerja. Bagi saya baguslah produk Usana ni. Setakat ni saya makan essentials yang dua botol ni pun dah Ok. Ada juga terfikir nak ambil produk-produk yang lain. Mungkin satu hari nanti saya nak try pula produk Usana yang lain.
.... ANIS

No comments: